Majlis kali keempat itu diadakan bagi mengiktiraf pelajar-pelajar cemerlang yang menamatkan persekolahan di sekolah tersebut.

Pengetua sekolah itu, Siti Hawa Muhamad berkata, pelajar yang diraikan telah memenuhi syarat ditetapkan sekolah antaranya, perlu mendapat sekurang-kurangnya C bagi semua mata pelajaran diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurutnya, bagi pelajar yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, mereka perlu memperoleh gred purata terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.5 untuk layak dirai dalam majlis graduasi itu.

“Seramai 181 calon telah menduduki SPM 2017 dan hanya 89 layak menyertai majlis ini manakala daripada 32 yang menduduki STPM, seramai 21 calon layak bergraduasi.

“Tahniah kepada semua pelajar yang bergraduasi hari ini dan saya harap mereka berupaya memperoleh kejayaan yang lebih baik pada masa hadapan” jelasnya

Perasmian majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Che Hashim Che Pa.

Sementara itu, pelajar cemerlang STPM, Nur Fatin Nadia Mohd Adnan yang memperoleh PNGK 4.0 berkata, dia berazam untuk me­lanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi pada masa depan.

“Saya amat meminati bidang undang-undang dan bercita cita ingin menjadi seorang peguam. Saya akan terus berusaha bagi mencapai impian itu sekaligus mengembirakan kedua ibu bapa saya, “ ujarnya. – UTUSAN ONLINE