Home / Blog / Belajar Secara Santai

Belajar Secara Santai

Terdapat pelbagai teknik untuk belajar dengan cemerlang tetapi adakah pelajar diluar sana mampu mengikut jejak langkah pelajar-pelajar yang telah berjaya ini?? Jom lihat dan baca bagaimana pelajar ini menguruskan masanya dengan baik untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Berita ini dikongsi oleh Faliq Lajim dan Amirul Aiman Hamsuddin dari am@hmetro.com.my.

Fatin Nabila bersama ibu bapanya ketika mengambil keputusan STAM di SAMT Sultan Hisamuddin, semalam. Foto Faliq Lajim.

Klang: Belajar secara santai. Itu resipi kejayaan Fatin Nabila Muhamad Fuzi, 19, yang memperoleh Mumtaz atau cemerlang dalam 10 mata pelajaran dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) semalam.

Bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Sultan Hisamuddin di sini itu berkata, belajar dalam keadaan tertekan menyebabkannya mudah lupa.

“Saya hanya memperuntukkan kira-kira tiga jam dari Isnin hingga Khamis untuk mengulang kaji pelajaran. Saya percaya cara ini akan membantu kita lebih mudah menerima ilmu berkenaan.

“Selebihnya, saya melakukan aktiviti riadah bersama kawan-kawan dan keluarga. Insya-Allah, di situ ada keberkatan.

“Selain itu, solat jangan tinggal dan saya cuba sedaya upaya tidak melengahkan solat serta sentiasa berdoa kepada Allah SWT,” katanya.

Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, dia pernah tertekan apabila ada yang mempertikaikan mengapa dia memilih untuk mengambil STAM.

“Pada awal saya ambil STAM saya tertekan apabila kerap ditanya serta diperlekehkan berikutan mengambil sijil ini,” katanya.

© 2018. NEW STRAITS TIMES PRESS (M) BERHAD (4485-H). All rights reserved.

-By Palbaf-

#pusattuisyenpositif #sungaipetani #beritapendidikan #infopendidikan #pusattuisyen #tuisyenterbaik #jombelajar #jomberjaya #jomkesekolah #infoterkini #pelajaran #motivasi #ilmubermanfaat #pelajarcemerlang