Home / Blog / Bantuan Awal Persekolahan RM327 Juta Tahun Ini

Bantuan Awal Persekolahan RM327 Juta Tahun Ini

Assalamualaikum, Pusat Tuisyen Positif ingin berkongsi mengenai bantuan awal persekolahan yang akan disalurkan kepada pelajar sekolah pada tahun ini bagi meringankan beban kewangan ibu bapa. Jom baca untuk info lebih lanjut.

-By Palbaf-

#pusattuisyenpositif #sungaipetani #beritapendidikan #infopendidikan #pusattuisyen #tuisyenterbaik #jombelajar #jomberjaya #jomkesekolah #infoterkini #pelajaran #motivasi #ilmubermanfaat #pelajarcemerlang

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata bantuan tahunan RM100 itu bertujuan memudahkan ibubapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka. – Foto Astro AWANI

 

DUNGUN: Sejumlah RM327 juta diperuntukkan untuk  bantuan awal persekolahan 2018  kepada pelajar seluruh negara bagi meringankan beban kewangan keluarga.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata  bantuan tahunan RM100  itu bertujuan memudahkan ibubapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka

Menurut Mahdzir, Terengganu adalah antara negeri menerima peruntukan tertinggi dengan jumlah RM16.3 juta .

“Ini memang tanggungjawab kerajaan, tapi kerajaan yang ada mestilah kerajaan yang kukuh dari segi politiknya, kalau negara tidak aman, kucar kacir, bergaduh sesama sendiri tidak mungkin sebuah kerajaan boleh berbuat sesuatu untuk rakyatnya,” katanya ketika merasmikan program bantuan awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya Dua, Bandar Ketengah Jaya, Dungun pada Khamis
.
Pada majlis  itu , seramai 2,000 pelajar dari enam buah sekolah rendah dan menengah di sekitar Bandar Ketengah Jaya masing masing menerima bantuan sebanyak RM100.