Kejayaan para pelajar berkenaan bukan sahaja menjadi pemangkin kepada para pelajar sekolah berkenaan, tetapi juga pelajar di Sarawak keseluruhannya untuk menyertai pertandingan video anjuran Utusan Malaysia dan Kementerian Pendidikan dalam usaha menyemarakkan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat.

Semalam tiga wakil kumpulan berkenaan iaitu SOV Productions datang bersama guru pembimbing bagi menerima hadiah wang tunai RM1,000 selepas dipilih sebagai salah satu daripada tiga pemenangan hadiah utama.

Kesungguhan kumpulan berkenaan untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah dengan perbelanjaan sendiri mengagumkan pihak penganjur.

SOV Productions menampilkan kisah rakan pelbagai kaum bekerjasama memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina rakan sekolah mereka.

Pertandingan yang dibuka kepada pelajar sekolah menengah seluruh negara dan maklumat penghantara penyertaan boleh diperolehi dengan melawati laman sesawang www.muhibah.my. – UTUSAN ONLINE