Home / Blog / Rakyat Malaysia Manfaat Biasiswa RM20j dari China

Rakyat Malaysia Manfaat Biasiswa RM20j dari China

Assalamualaikum, hari ini Pusat Tuisyen Positif ingin berkongsi mengenai sebanyak 307 biasiswa yang bernilai RM20 juta daripada 10 universiti terkemuka di China telah diberikan kepada rakyat Malaysia. Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk petikan dibawah.

-By Palbaf-

#pusattuisyenpositif #sungaipetani #beritapendidikan #infopendidikan #pusattuisyen #tuisyenterbaik #jombelajar #jomberjaya #jomkesekolah #infoterkini #pelajaran #motivasi #ilmubermanfaat #pelajarcemerlang

KUALA LUMPUR: Sebanyak 307 biasiswa yang bernilai RM20 juta daripada 10 universiti terkemuka di China telah diberikan kepada rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata manfaat dalam bidang pendidikan itu adalah hasil daripada hubungan diplomatik Malaysia-China yang bertambah baik.

“Ini adalah jumlah yang besar. Ia (biasiswa) bukan terbatas kepada mereka yang mengambil UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu), malah kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Biasiswa ini bukan saja diberi berdasarkan merit keputusan, tetapi turut membabitkan mereka yang kurang berkemampuan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Pendidikan Tinggi China di Confucian Private Secondary School, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini, ada seramai 7,900 pelajar Malaysia yang belajar di China.

“Jadi, dengan adanya biasiswa ini, ia dapat membantu mereka. Bukan setakat biasiswa, malah elaun sara hidup,” katanya.

Mengulas mengenai pendekatan BN mendepani rakyat, Dr Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA berkata, kerajaan lebih berhati-hati apabila membuat janji kepada rakyat dengan memastikan ianya realistik dan mampu dilaksanakan.

“Kita kena betul-betul berwaspada dalam soal ini kerana pembangkang akan bercakap macam-macam,” katanya.