Home / Blog / RM60,000 Zakat Disalurkan Kepada Pelajar-Pelajar Miskin

RM60,000 Zakat Disalurkan Kepada Pelajar-Pelajar Miskin

Assalamualaikum, hari ini Pusat Tuisyen Positif ingin kongsikan mengenai bantuan dari Zakat yang disalurkan kepada pelajar miskin. Jom baca untuk lebih lanjut.

-By Palbaf-

#pusattuisyenpositif #sungaipetani #beritapendidikan #infopendidikan #pusattuisyen #tuisyenterbaik #jombelajar #jomberjaya #jomkesekolah #infoterkini #pelajaran #motivasi #ilmubermanfaat #pelajarcemerlang

KUANTAN – Petronas melalui Badan Kebajikan Kakitangan Islam Petronas (Bakip) menyampaikan sumbangan zakat kakitangan kepada 619 pelajar membabitkan jumlah RM60,000 bagi daerah ini.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada RM1.2 juta zakat yang diagihkan kepada enam wilayah oleh Bakip kepada golongan sasar.

Menurutnya, penyampaian sumbangan di Kuantan melibatkan kawasan di Balok dan Tanjung Lumpur iaitu lebih 16 sekolah.

“Kita perlu agihkan amanah ini dengan baik kerana ia adalah zakat kakitangan yang dikumpulkan Bakip.

“Ada sebahagian sudah diagihkan hujung tahun lepas secara berperingkat. Pada hari ini 15  sekolah dipilih untuk menerima wang zakat ini,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Kakitangan Petronas di Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang (BTPN).

Hadir sama, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri, Mohd Raauf Jali.

Wan Mohd Hasnan berkata, walaupun Petronas berdepan dengan kemerosotan harga minyak, namun tanggungjawab sosial terhadap masyarakat tidak pernah diabaikan.

Beliau berkata, Petronas sentiasa memastikan tumpuan terhadap pendidikan, komuniti dan alam sekitar menjadi fokus ke arah kesejahteraan masyarakat.

Sementara itu, Mohd Raauf berkata, sumbangan zakat kakitangan Petronas kepada murid dan pelajar sekolah di daerah ini adalah amat dihargai oleh warga pendidikan.

Beliau berkata, Pahang mempunyai 300,000 pelajar di peringkat sekolah kebangsaan dan menengah.

“Saya amat berharap sumbangan zakat ini akan memberi manfaat kepada pelajar yang memerlukan.

“Agihan ini perlu dilakukan dengan betul dan diberi kepada penerima yang benar-benar layak oleh pihak sekolah,” katanya.