Siswa Guru Rujukan Melancarkan Modul 10 Minit
- 06
- Feb
- 2018
- Posted Byadmin
- InBlog
- No Comments.
Assalamualaikum, hari ini Pusat Tuisyen Positif ingin berkongsi mengenai siswa guru yang melaksanakan modul 10 minit. Pasti pelajar tertarik dengan teknik belajar dengan pantas ini. Jom baca untuk lebih lanjut.
-By Palbaf-
#pusattuisyenpositif #sungaipetani #beritapendidikan #infopendidikan #pusattuisyen #tuisyenterbaik #jombelajar #jomberjaya #jomkesekolah #infoterkini #pelajaran #motivasi #ilmubermanfaat #pelajarcemerlang
SISWA guru bersama dengan penulis Modul 10 Minit selepas tamat Kursus Kejurulatihan Tutor Siswa Modul 10 Minit di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
SISWA guru Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas diberi latihan khas untuk melaksanakan Modul 10 Minit yang memberikan transformasi baharu dalam perhimpunan mingguan rasmi sekolah.
Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Dr. Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata, latihan ini penting agar mereka mahir mengendalikan modul berkenaan yang dibangunkan secara kerjasama dengan Kumpulan Utusan sebagai antara komponen utama program penjenamaan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) yang disokong Kementerian Pendidikan.
“Golongan ini dapat membantu sekolah melaksanakan modul ini dengan lebih berkesan semasa mereka menjalani latihan praktikum selama hampir tiga bulan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas memantau perjalanan Kursus Kejurulatihan Tutor Siswa Modul 10 Minit di institut itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Seramai 30 siswa guru yang mengikuti kursus ini diberi latihan asas mengenai konsep, komponen yang perlu diterapkan, budaya berfikir dan kemenjadian murid yang bakal dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang laksanakan.
Mereka akan berperanan sebagai jurulatih dan menjadi pakar rujuk, pengendali dan jurucakap modul ini di sekolah.
Dalam kursus ini, peserta melaksanakan empat aktiviti Modul 10 Minit supaya mereka lebih jelas dan boleh memahami keseluruhan aktiviti PAK-21 ini.
Modul 10 Minit dalam perhimpunan merupakan aktiviti ringkas yang mula dilaksanakan pada tahun lalu untuk membudayakan amalan berfikir dari aras rendah hingga aras tinggi.
Berbeza dengan tahun lalu, modul semasa ditambah baik dengan dilengkapi elemen pentaksiran agar pelaksanaannya dapat diteruskan di dalam bilik darjah sekali gus menyokong aspirasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Untuk itu, jumlah halaman penerbitan modul ini pada Utusan Pelajar juga ditambah menjadi dua muka surat dengan reka bentuk yang lebih menarik.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/siswa-guru-rujukan-laksana-modul-10-minit-1.603071#ixzz56JsZx9Pt
© Utusan Melayu (M) Bhd