Home / Blog / SMK Tanjung Pengelih Dinaik Taraf Kolej Vokasional Minyak dan Gas

SMK Tanjung Pengelih Dinaik Taraf Kolej Vokasional Minyak dan Gas

Assalamualaikum, hari ini Pusat Tuisyen Positif ingin berkongsi mengenai Kementerian Pendidikan hari ini bersetuju menaik taraf Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pengelih di sini kepada Kolej Vokasional Minyak dan Gas. Mari baca info lebih lanjut.

-By Palbaf-

#pusattuisyenpositif #sungaipetani #beritapendidikan #infopendidikan #pusattuisyen #tuisyenterbaik #jombelajar #jomberjaya #jomkesekolah #infoterkini #pelajaran #motivasi #ilmubermanfaat #pelajarcemerlang

MAHDZIR KHALID bersama Azalina Othman Said melawat SMK Tanjung MAHDZIR KHALID bersama Azalina Othman Said melawat SMK Tanjung Pengelih, Pengerang, semalam. utusan/NUR AISYAH MAZALAN

PENGERANG 30 Mac – Dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir tempatan dalam bidang minyak dan gas, Kementerian Pendidikan hari ini bersetuju menaik taraf Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pengelih di sini kepada Kolej Vokasional Minyak dan Gas.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, anak-anak tempatan di daerah ini harus diberi peluang untuk mendapat faedah daripada projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petroki­mia (RAPID).

Ketika ini, SMK Tanjung Pe­ngelih hanya memiliki 58 pelajar dan 14 guru berikutan ramai penduduk yang dipindahkan ke Taman Bayu Damai bagi memberi laluan projek RAPID.

“Kementerian bersetuju untuk menaik taraf sekolah ini kepada kolej vokasional yang mempunyai pengkhususan minyak dan gas kerana bidang ini memerlukan banyak tenaga kerja, bukan hanya untuk setahun dua tetapi tempoh masa yang cukup lama.

“Kita bukan hendak menolak 58 pelajar ini dan jika mereka ingin kekal, kita benarkan. Tetapi dengan jumlah 32 bilik darjah, sekolah ini boleh dinaik taraf menjadi kolej vokasional,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Parlimen Pengerang di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Dalam pada itu jelas Mahdzir, pihaknya juga akan cuba menjalinkan usahasama dengan syarikat swasta berdekatan bagi memberi peluang pelajar Kolej Vokasional Pengerang itu menjalani latihan praktikal di syarikat mereka.

“Mungkin kita boleh beker­jasama dengan Johor Petroleum­ Development Corporation (JPDC), Dialog Group Berhad ataupun syarikat dari Arab Saudi, Aramco supaya pelajar dari kolej vokasional ini nanti boleh menjalani latihan mahupun bekerja di tempat mereka,” katanya.

Dalam pada itu Mahdzir berkata, keutamaan akan diberikan kepada pelajar dari Pengerang untuk belajar di kolej berkenaan sebelum dibuka untuk orang luar.

Menurutnya, kerajaan akan mencari dana tambahan bagi membina asrama dan proses menaik taraf dijangka mengambil masa setahun.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-smk-tanjung-pengelih-dinaik-taraf-kolej-vokasional-minyak-dan-gas-1.638600#ixzz5BJR0m2SH
© Utusan Melayu (M) Bhd