Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memberitahu, setakat ini Lembaga Peperiksaan belum mengumumkan sebarang keputusan berkaitan SPM 2017.

Pengumuman keputusan SPM 2017 akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Oleh demikian, kementerian menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan,” jelas kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE