Tutor Rahsia Cemerlang SPM
- 19
- Mar
- 2018
- Posted Byadmin
- InBlog
- No Comments.
Assalamualaikum, hari ini Pusat Tuisyen Positif ingin berkongsi mengenai rahsia kecemerlangan seorang pelajar perempuan, Noor Fatini Aina Md. Noor, 20, yang mempunyai masalah percakapan kini menjadi sebagai calon istimewa yang mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 Kedah, baru-baru ini.
-By Palbaf-
#pusattuisyenpositif #sungaipetani #beritapendidikan #infopendidikan #pusattuisyen #tuisyenterbaik #jombelajar #jomberjaya #jomkesekolah #infoterkini #pelajaran #motivasi #ilmubermanfaat #pelajarcemerlang
FATIMAH ABU KHAIRI (dua dari kiri) ditemani Marzuki Yahaya (kanan) dan guru-guru lain SMK Gurun melihat buku latihan Noor Fatini Aina Md. Noor (tiga dari kiri) semasa ditemui di sekolah itu di Jerai, Kedah, baru-baru ini.
LANGKAH pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gurun, Noor Fatini Aina Md. Noor, 20, yang mempunyai masalah percakapan menjadikan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor sebagai bahan rujukan membuahkan hasil apabila muncul sebagai calon istimewa yang mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 Kedah, baru-baru ini.
Dia yang memperoleh keputusan 9A 1B turut melanggan www.tutor.com.my selama setahun dalam usahanya meningkat pencapaian akademiknya.
Anak sulung daripada dua beradik itu tidak boleh bercakap selepas diserang demam sekitar 2013 menyebabkan persekolahannya terbantut selama lima tahun.
Ibunya, Fatimah Abu Khairi, 53, berkata, berkat kesungguhan Noor Fatini Aina untuk belajar dia didaftar masuk ke SMK Gurun pada 2016 dan ditempatkan di tingkatan empat aliran biasa dan sering mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan bulanan.
“Sebaik memasuki tingkatan lima dia mula melanggan Tutor selama setahun.
“Dia seorang anak yang rajin dan boleh dikatakan ulat buku dengan menjadikan Tutor sebagai bahan utama dalam proses pembelajarannya hingga berjaya,” katanya ketika ditemui di SMK Gurun, Jerai, baru-baru ini.
Sementara itu Pengetua SMK Gurun, Marzuki Yahaya berkata, kesungguhan dan kepandaian Noor Fatini Aina ini dikesan sejak dia berada di tingkatan empat lagi dan Tutor sentiasa ada di dalam begnya untuk dijadikan sebagai bahan rujukan semasa belajar.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/i-tutor-i-rahsia-cemerlang-spm-1.630103#ixzz5ABlttkTn
© Utusan Melayu (M) Bhd